sudah agak lama aku xupdate page aku ney..mane xnye..ketandusan idea ape yang aku nak tulis..so aku stop la buat sementara menekan papan kekunci komputer aku untuk page aku ney..
tapi disebabkan oleh satu event yang berlaku di sekitar kehidupan aku baru-baru ney..akhirnya sumtin terlintas di fikiran aku..sama ada perkara ney ade manfaatnya atau x..aku xtahu..tapi yang pasti..perkara ney mmg penting..
selama aku hidup kt dunia ney..aku jarang suka pada event yang aku sebutkan sebentar tadi..mmg kerap sgt perkara ney berlaku dalam hidup aku..dan yang pasti kawan2 aku di luar sana juga pasti melalui event yang sama..wlupun begitu..perbezaan pendapat menyebabkan aku tertarik dgn event ney..for the first time in my life..aku ingin lebih tahu dan ingin memperluaskan pengetahuan aku dgn lebih dalam akan event yang boleh dikatakan besar juga ney..
klu tanya aku kenapa aku suka pon..aku sendiri xde jawapan..tapi event ney mmg buat aku rase aku perlu berkongsi pendapat aku bersama dgn semua sahabat aku di luar sana..
jujur merupakan suatu sifat yang penting dalam hidup..sifat jujur ney kalau diterapkan di dalam diri..ia akan membawa kepada suatu perubahan yang positif..peningkatan daya pemikiran yang baik..dan juga perubahan positif dari segala aspek kehidupan..mereka yang sentiasa menerapkan sifat ney xakan melakukan perkara2 yang sudah pasti kita semua tahu..perkara yang xbaik dan dimurkai Allah..
satu lagi sifat yang berkait rapat dgn jujur ney adalah adil..bila mana kita jujur..kita akan menjadi seorang yang adil..walau mcm mne skalipun perkara yang tak baik berlaku atau hadir pada diri seseorang yang mengamalkan juur dan adil ney..sudah PASTI..PASTI XAKAN ADA PENYELEWENGAN DAN JUGA KETIDAKADILAN YANG BERLAKU..segalanya akan dilakukan dengan JUJUR dan ADIL..dan yang PASTI..semua akan dijalankan dan diuruskan secara BERSIH dan TELUS..
sungguhpun begitu..saban hari aku perhatikan..pelbagai jenis ketidakadilan berlaku..dan yang membuat aku rase BENGANGNYE..insan yang melakukannya adalah INSAN YANG BERILMU TINGGI..bukannya INSAN YANG BODOH DAN JAHIL ILMU..kalaupun begitu..mereka2 YANG BODOH ney seharusnya memikirkan cara supaya mereka dapat menambah ilmu mereka agar menjadi orang yang berilmu..
aku ney xkesah ape pun yang berlaku di dalam event ney..NAMUN..jalankan lah event ney secara JUJUR dan ADIL..Allah da beri kita semua akal fikiran yang terbaik berbanding makhluk2nya di luar sana..kita follow la sifat2 yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita..NABI MUHAMMAD S.A.W. ..iaitu SIDDIQ(JUJUR), AMANAH, TABLIGH(MENYAMPAIKAN) dan FATANAH(BIJAKSANA)..bila terterapnya sifat SIDDIQ dalam diri kita..of course kita akan menjadi orang yang AMANAH..bila kedua2 ney ada dalam diri kita..dengan sendirinya kita akan cuba menTABLIGHkan serta melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan keFATANAHan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita sejak dari lahirnya kita ke dunia ney sebagai khalifah-NYA di bumi ney..
RENUNG2KANLAH...